Monday, March 29, 2010

SEJARAH PUSAT AKSES

SK Padang Temu terletak di pinggir bandar Melaka, lebih kurang 4.4 km dari Bandar Melaka. Penduduknya terdiri daripada orang Melayu yang bekerja sebagai petani, nelayan, kakitangan kerajaan dan peniaga. Nama asal sekolah adalah Sekolah Melayu Padang Temu yang telah diasaskn oleh Datuk Penghulu Md. Salleh bin Said pada tahun 1903. Sekolah Melayu Padang Temu dibina di atas tapak seluas suku ekar dengan usaha masyarakat kampung. Sekolah ini dibina dari katu serta beratapkan nipah. Pada masa itu terdapat satu kelas sahaja yang terdiri daripada 4 aliran. Tenaga pengajar terdiri daipada seorang guru dan seorang Guru Besar. Guru Besar pertama ialah Tuana Haji Abdul Rahman Bin Baba.

Pada tahun 1940 satu bangunan baru dibina oleh kerajaan di atas tapak yang jauhnya 0.5 km dari bangunan asal. Terdiri daripada 5 aliran di mana Tuan Haji Abdul Rahman masih memegang jawatan sebagai Guru Besar yang pertama. Pada tahun 1974, satubangunan tambahan telah dibina terdiri dari 6 bilik darjah, pejabat, bilik guru, stor dan tandas. Keluasan tapak ialah 1 ekar 1 rod 34 pole. Persatuan ibubapa ditubuhkan pada 8.11.1973 di mana Pengerusi yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Rauf bin Haji Ahmad dan Pengerusi Lembaga Pengurus Pentadbir Bersama yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Rahman bin Omar. Seterusnya perkembangan-perkembangan yang lain iaitu pada tahun 1979 ialah pembinaan kantin baru. Pada tahun 1987 pembinaan bangunan kayu telah digantikan dengan bangunan batu menempatkan Pusat Sumber Sekolah dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Pada tahun 1992 diadakan kerja pengubahsuaian bilik Guru Besar, Bilik Guru dan pejabat. Bangunan baru satu blok 4 tingkat telah siap dibina pada tahun 1999. Bangunan baru ini dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti bilik SPBT, Bengkel KH, Bilik Sains, Pejabat Pentadbiran Sekolah.

Pada tahun 2002, sebuah bilik darjah telah diubahsuai kepada bilik Pra Sekolah dengan tapak permainan di belakang bilik darjah tersebut.Pada tahun 2010, bangunan baru blok 4 tingkat menempatkan bilik-bilik darjah, bilik SU Peperiksaan, Bilik j-Qaff dan kelas integrasi pendidikan khas(Disleksia). Sehingga kini, sekolah mempenyai 18 kelas terdiri daripada 539 orang murid dengan tenaga pengajarnya seramai 42 orang guru dan 7 orang bilangan kakitangan sokongan.

No comments:

Post a Comment